Isnin, 13 Julai 2020

Akan Datang... Konvoi Ke Bukit Fraser, Temerloh Dan Jerantut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.



Aku bercadang untuk ride motor ke Bukit Fraser. Cadangan aku berkemungkinan pada bulan Oktober nanti. Aku telah menyatakan hasrat untuk ride ke Bukit Fraser ini kepada beberapa orang kawan yang biasa menemani aku ketika ride tak kira ke Pantai Timur, Selatan Thai dan lain-lain lokasi. Kebanyakannya memberi respon yang baik kerana masing-masing belum pernah Ke Bukit Fraser. Matlamat aku untuk ride solo belum terlaksana, mungkin kadang-kadang perasaan aku menyatakan bahasa ride solo ini mungkin boring tanpa kawan-kawan. Tapi Insya Allah, mungkin hasrat aku ini akan tercapai satu hari nanti.

Berbalik kepada cadangan aku nak ride ke Bukit Fraser ni. Aku dah servey beberapa lokasi penginapan yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya Puncak Inn, Shahzan Inn, Laman Pesona Resort & Spa, Bilut Hills dan pelbagai tempat lagi yang menarik. Begitu juga lokasi untuk makan malam apabila bermalam disana. Aku juga sempat untuk menjengah beberapa rakan blog yang menulis tentang kenangan di Bukit Fraser. Sekurang-kurangnya aku boleh juga membuat beberapa analisis sebelum ke Bukit Fraser.



Setelah itu aku bercadang untuk menuruni Bukit Fraser melalui jalan  ke Raub. Hasil dari carian di Google Maps.. Laluannya amat berliku dan mencabar sekali. Dari Bandar Raub aku akan melalui Bandar Mentakab dan terus ke Bandar Temerloh. Di Temerloh aku bercadang melalui Kampung Bangau dimana ianya dipersisiran Sungai Pahang. Di Kampung Bangau ini, menjadi satu kesilapan kalau tak merasai keenakkan Gulai Tempoyak Patin Dan Pais Patin. Terdapat 2 Restoren Patin yang popular di Kampung Bangau ini iaitu Kancil Raja Patin Dan Selera Patin Bangau. Satu lagi yang bagi aku sedap juga masakannya adalah Pak Usop Patin di Bandar Temerloh.

Coordinate : 3.464894,102.430821


Apa yang kita lihat digambar di atas adalah dari Restoren Patin Kancil. Dah beberapa kali aku singgah disini bersama keluarga dan rakan-rakan... dan aku boleh rekomen la kepada rakan-rakan yang ingin merasai kelazatan gulai tempoyak patin di Temerloh. Memang sedap, padu dan sedikit pedas, tetapi itu tidak menjadi halangan kerana aku memang suka pedas. 







Setelah merasai keenakkan Gulai Patin Tempoyak, Ride aku akan diteruskan ke  rumah aku di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang untuk bermalam sekali lagi. Keesokkan pagi, aku akan terus ride balik ke Kedah melalui Karak, Genting Sempah, Batang Kali, Tanjung Malim Dan terus ke Kedah. Inilah perancangan yang baru dibuat dan aku sedang membuat susun atur terbaik dari segi perjalanan, bajet kewangan dan beberapa perkara lagi. Semoga ianya menjadi perjalanan terbaik bagi aku dan rakan-rakan yang turut sama berkonvoi.

Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Amin...

Tiada ulasan: