Rabu, 8 Julai 2020

Corak Coret Balik Kampung Di Felda Kota Gelanggi 2 Jerantut Pahang

Rabu, 8 Julai 2020
Corak Coret Balik Kampung di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang
Tarikh: 4 – 7 Julai 2020

Alhamdulillah, selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya saya berpeluang pulang ke kampung halaman tercinta di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang. Rindu yang sekian lama terpendam terhadap ayah dan adik akhirnya terubat jua.

Lebih menggembirakan, kebetulan semua adik-beradik dari Rawang dan Sungai Buloh juga turut dapat pulang. Kesempatan ini kami manfaatkan sepenuhnya untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama — sesuatu yang semakin jarang berlaku dek kesibukan masing-masing dengan urusan harian.

Kepulangan kami pula bertepatan dengan musim durian yang sedang rancak. Rezeki kami merasa durian kampung segar, terus dari pokok – nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Pada waktu malam, kami mengadakan sesi BBQ secara santai. Walaupun persediaannya ringkas, suasana tetap meriah dengan gelak tawa dan perkongsian kisah-kisah lama yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Namun yang paling bermakna, kunjungan ini bukan sekadar melepas rindu terhadap ayah, tetapi juga menjadi detik berharga untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kami adik-beradik. Momen-momen sebegini amat bernilai dan akan sentiasa dikenang dalam lipatan memori.


Afiq & Tok Wan

Alhamdulillah.. Rezeki kami.. 

Luruh dah.. Habuan.. 

Bergaya aja ni... 

Ini adalah suasana di belakang rumah aku, dusun durian dan rambutan. Terdapat 10 pokok durian pelbagai jenama, aku sendiri tak pasti .. Tapi apa yang penting, isinya bagi aku adalah terbaik.

Dusun Wan belakang rumah aja.. 

Kait moktan.. 

Rezeki balik kampung.. 

Pak Itam

Menu tengahari.. Gulai kepala ikan


Apabila dah bersama, makan pun tak terasa kenyang. Pakat tambah 2-3 pinggan.. Kena pulak dengan gulai kepala ikan merah. Ikan ini aku beli di Pekan Sehari Sungai Tekam Utara.

Isinya yang terbaik


Kipas bagi kuat sikit.. 

Beda makan tengahari


Peghhh.. Isi.. Padu oiii... 

Tahun depan berbuah pulak kot... 

Dok perangat bara api... 


Kambing Bakaq & Ayam Bakaq

Gaya tukang Bakaq... 

2 Beradik

Perasan nak hangit dah lauk tu... 

Adik Farizah & Ayah

Jemput makan semua... 


Anak Menantu Cucu Tok Bakaq



Kenangan terindah kami sekeluarga