Kenangan di zaman kanak-kanak kembali menggamit memori.
Terasa di hati ni… seronok sungguh waktu tu. Kalau bab main, toksah kata la… memang belemoih habis bila balik rumah.
Macam-macam permainan yang kami main dulu-dulu. Antaranya polis sentri, main toi, main jengkek, tuju kasut, tuju tin, main guli, main sembunyi-sembunyi dan tak lupa juga zero point. Hahaha…
Sebenarnya, masih banyak lagi permainan tradisional yang pernah kami mainkan. Setiap tempat dan budaya mungkin ada permainan yang berbeza, tetapi satu perkara yang pasti… semuanya meninggalkan kenangan yang cukup manis dalam hidup kita.
Berbanding dengan kanak-kanak zaman la ni, masa bermain kebanyakannya dihabiskan di rumah. Ada yang leka dengan PlayStation, telefon pintar dan pelbagai permainan yang boleh didapati di internet.
Tak pa la… nak buat macam mana. Ini zaman depa. Zaman teknologi maklumat dan dunia digital. Cara depa membesar pun dah jauh berbeza dengan zaman kita dulu.
Berbalik kepada cerita permainan zaman dulu-dulu…
Atas inisiatif dan hasil perbincangan kawan-kawan di pejabat, kami telah mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional ini. Bukan sekadar untuk mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak, tetapi juga untuk memperkenalkan kepada anak-anak kita permainan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan abah dan mak mereka suatu ketika dahulu.
Daripada situlah tercetusnya idea untuk menganjurkan “KARNIVAL SUKAN RAKYAT PLUS SEKSYEN N1”.
Alhamdulillah, karnival ini telah pun dianjurkan sebanyak dua kali. Sambutannya cukup menggalakkan dan yang paling menyeronokkan, bukan sahaja golongan dewasa yang kembali mengimbau kenangan lama, malah anak-anak turut sama merasai keseronokan bermain permainan tradisional.
Di sini aku paparkan kepada semua beberapa foto menarik sepanjang berlangsungnya kedua-dua karnival tersebut.
Jom kita sama-sama layan gambar… mana tahu, ada antara gambar-gambar ni yang boleh mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak kita satu ketika dulu.
| Kaki Antu...masing-masing dah lupa macamana nak main.... |
| Mimi...mesra sungguh ngan Kak Leha... |
| Golek Rim...1...2....mulaaaaaaaa.... |
| Tarik Upih....yarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
| Jengkek.....Kak Leha adalah jaguh dizaman kanak-kanaknya dulu |
| Makan durian sambil-sambil.... |
| Setelah penat...hat ni la habuannya.. |
| Azliza dok tunjuk skil lompatan... |
| Tuju Tin...tuju jangan tak tuju... |













