Khamis, 16 Julai 2020

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Kota Gelanggi Dua Jerantut Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Satu Felda...

Coordinate : 3.921669,102.597216


Photo Sewaktu Penubuhan

Photo Melalui Google Map Terkini



Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kota Gelanggi 2 mula dibuka pada 3hb Januari 1978. Pada ketika itu, seramai 177 orang murid telah mendaftar dan 9 orang guru dipertanggungjawabkan untuk bertugas di sekolah ini. Guru besar yang pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Anuar bin Ahmad.

Struktur asal SKKG2 ketika itu hanyalah sebuah pejabat dan empat buah rumah pegawai Felda. Namun, sekolah perlu dibuka walaupun tanpa kerusi dan meja. para guru serta murid-murid sanggup duduk di atas lantai ketika proses P&P dijalankan. Bekalan air juga tidak disediakan dan pihak sekolah perlu berkongsi dengan penduduk tempatan.

Tanggal 28hb April 1978, tapak sekolah baru telah diratakan. Seorang Pembantu Am Rendah telah ditugaskan di sekolah ini. Enrolmen murid pula telah menjangkau seramai 471 orang dan sesi persekolahan telah dibuka kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Lantaran murid yang ramai, pihak sekolah telah berpindah ke sekolah baru walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Proses perpindahan ke tapak baru dilakukan dengan kerjasama penduduk tempatan.

Dengan inisiatif murni kerajaan Malaysia pada ketika itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan kaedah "Bank Bergerak" telah menyediakan perkhidmatan perbankan di sekolah bagi menggalakkan murid-murid agar suka menabung. Hasilnya, seramai 91 orang murid telah membuka akaun baru di BSN.

Tanggal 7hb Jun 1981, temasya sukan tahunan kali pertama telah diadakan dan dirasmikan oleh Penghulu Pulau Tawar dan tahun berikutnya telah diadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

Akibat pertambahan murid, kelas yang disediakan di sekolah tidak mencukupi dan pihak sekolah mengambil langkah untuk menggunakan dua bangunan bekas pejabat Felda Kota Gelanggi 5. Kerja-kerja membaiki bangunan sekolah terus dijalankan dan turut membina bangunan-bangunan tambahan termasuk Perpustakaan.


Sumber Rujukan :

http://pusatsumberskkg2.blogspot.com/2016/08/sejarah-sekolah-sk-f-kota-gelanggi-2.html

......................................................................................................................................................................... 

Bagi generasi ke 2, Felda Kota Gelanggi 2 yang lahir sekitar tahun 1965 sehingga tahun 1976 pasti SKKG2 meninggalkan banyak kenangan suka duka semasa bersekolah disini. Pelbagai memori pasti di simpan dan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada Cikgu Mazalan Hasan, Cikgu Mohammad Bin Sharif, Cikgu Abbas Aman, Cikgu Mahadzir Mat & Cikgu Itan Saady yang banyak menyumbang photo-photo kenangan. Apa yang pasti, apabila dilihat kembali oleh bekas-bekas guru dan anak murid akan menyebabkan mereka tersenyum seorang diri dalam mengenangkan kisah lalu.

Senarai Nama Guru Besar, Guru, Kerani Pelayan Pejabat Dan Tukang Kebun SKKG2 Dari Tahun 1978-1987 ( Dari makluman Cikgu Mohammad Bin Sharif) :-

Guru Besar
1. Allhyarham Cikgu Anuar Bin Ahmad (1978-1984)
2. Cikgu Abdul Aziz Bin Muhammad Yunus (1984-1992)

Guru-Guru
1. Cikgu Nik Mohamed Bin Awang (1978-1983)
2. Cikgu Ariffin Bin Husin (1978-?)
3. Cikgu Hj. Abd. Rahman Bin Abd. Masjid (1978-1987)
4. Cikgu Aris Bin Minhat (1978-?)
5. Cikgu Hj. Abbas Bin Aman (1979-1984)
6. Cikgu Hj. Shukor Bin Mason (1979-?)
7. Cikgu Mazalan Bin Hassan (1979-1983)
8. Cikgu Mohammad Bin Sharif (1979-1983)
9. Cikgu Hj. Ahmad Thirmizir Bin M. Hashim (1980-1987)
10. Cikgu Moh Tajuddin Bin Megat Jusoh (1980-1982)
11. Cikgu Mahadzir Bin Mat (1980-?)
12. Cikgu Hj. As'ari Bin Shafawi (1981-1986)
13. Cikgu Hjh. Rusni Binti Abu Bakar (1981-1990)
14. Cikgu Hj. Saidin Bin Ismail (1982-1986)
15. Cikgu Hj. Sharif Bin Abd. Jadi (1982-?)
16. Cikgu Hj. Mohd Zaki Bin Yakub (1982-1986)
17. Cikgu Khairuddin Bin Khalid (1982-1985)
18. Cikgu Norizah Binti Zainol (1983-1983)
19. Cikgu Khairuddin Bin Harun (1985-1986)
20. Allahyarhamah Ustazah Nurul Huda Binti Ibrahim (1979-?)
21. Cikgu Arshad BinHj. Ahmad (Tahun?)
22. Cikgu Somiah Binti........ (Tahun?)
23. Cikgu Itan Saady Bin Yeop Yahaya (Tahun?)
24. Cikgu Sarimah Binti....... (Tahun?)

Kerani
1. Hjh. Khalidatul Huri Binti Abu Bakar (1979-2006)

Pelayan Pejabat
1. Allhyarham Chatadan Husin (Tahun?)

Tukang Kebun
1. En. Sanusi Bin Marhani (1980-?)
2. En Ahmad Suhaimi Bin Khalid (1980-?)



Antara photo-photo yang  terkumpul setakat ini, diantara waris, guru-guru dan pelajar...

Photo yang disiarkan ini adalah sekitar tahun 1978 sehingga 1985..

Lencana SKKG2
Inilah wajah guru yang mencipta lencana SKKG2
Cg. Mohammad Bin Sharif

Ini adalah lencana@lambang SKKG2 sehingga kini. Saya pun tidak tahu siapa penciptanya sehinggalah dimaklumkan oleh Cikgu Mohammad Sharif dalam What's App beliau pada 18 Julai 2020. Di dalam What's App tersebut, kami ada berborak berkenaan peristiwa lama dan Cikgu Mohammad juga telah menyumbang beberapa photo yang ada pada simpanan beliau. 


Perlawanan sepak takraw Antara waris dan guru

Team cikgu

Hubungan antara guru dan waris seperti adik dan abang serta kakak.. Sementara murid dan guru pula seperti ayah, ibu dan anak. Sentiasa akrab dan hubungan tersebut terjalin sehingga kini. Pelbagai aktiviti diadakan antara waris dan guru seperti sukan sepaktakraw, bolasepak, sukan rakyat Dan lain-lain lagi. Apabila tiba ya bulan puasa, guru-guru pasti dijemput ke rumah-rumah bagi berbuka puasa. Begitu juga apabila musim buah-buahan. Hidup penuh kepayahan waktu itu, tiada bekalan api, bekalan air, jalan-jalan di dalam Felda hanya tanah merah sahaja.. dimana musim panas pasti berdebu dari kepala hingga ke kaki.. dan apabila musim hujan, jalan akan menjadi lecah dan licin.


Barisan Pengawas Sekolah Bersama Guru Besar Dan Guru-Guru

Cikgu Mazalan sedang membuat latihan ucapan bagi perasmian hari sukan



Photo Tahun 1985
Cg.Sarimah


Guru

Cikgu Mazalan & Cikgu Mohammad


Senaman dulu-dulu
Tak pakai baju... 

Barisan guru-guru

Dalam Kelas

Pasukan bolasepak

Team Guru SKKG2

Jersi Team Guru SKKG2


Barisan guru-guru waktu tersebut 


Suasana Di Dalam Kelas

Rumah sukan Laksamana

Rumah Sukan

Hari sukan adalah hari yang amat ditungu-tunggu oleh semua murid dan guru. Terdapat empat buah rumah sukan iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana Dan Syahbandar.  Dulu tiada baju sukan yang mahal-mahal dan berlogo, bersulam seperti sekarang. Murid cuma membeli baju t-shirt putih atau singlet putih diberikan kepada Cikgu untuk diwarnakan dengan pewarna atau bahasa lama dipanggil 'DAI'. Itulah baju sukan kami.. Warna rumah sukan masing - masing seperti  biru, kuning, merah dan hijau. Kami sebagai murid-murid bersama guru-guru akan bergotong royong untuk menyiapkan rumah sukan kami dan kami hiasi rumah sukan itu secantik-cantiknya. Markah untuk rumah sukan terbaik dan tercantik menjadi rebutan ketika itu. Seronok masa ni, kalau dikenang-kenang. Tiada kasut ketika bersukan seperti sekarang, hanya berkaki ayam sahaja.. itu yang membuatkan budak-budak dahulu cukup lasak. Sebut apa sahaja.. mandi sungai, mandi hujan, mandi di telaga..main lumpur dan pelbagai lagi...





Koir Sekolah
Di bawah pimpinan Cikgu Shukor


Tahun 1984 - 5 Mawar
Guru Kelas - Cikgu Abbas

Tahun 1982 - 3 Mawar
Guru Kelas - Cikgu Mahadzir Mat
 Tahun 1982
Dari Kiri - Idris, Faziel, Zamri, Zainal, Khairulnizam, Maizaki, Baharuddin
Dua orang dalam photo ini telahpun kembali ke Rahmatullah iaitu Idris Dan Khairulnizam
Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Cikgu Mahadzir Mat

Tahun - 1980

Darjah 2A
Guru Kelas - Cikgu Mazalan
Tahun - 1979

Hari Penyampaian Hadiah Tahun 1980

Majlis Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar Terbaik
Tahun - 1981


Lawatan guru-guru ke Tugu Negara

Team bolasepak guru SKKG2

Barisan guru-guru SKKG2
Cikgu Mohammad bersama Pengawas sekolah

Lawatan@Rombongan
Tahun-Tidak Pasti

Photo 1979
Guru Kelas - Cikgu Mohammad Bin Sharif

Guru Kelas - Cikgu Mohammad
Tahun - Tidak Pasti

Cikgu Mohammad Dan muridnya
Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik

Motor cikgu dulu-dulu
(Cikgu Mahadzir) 

Cikgu Mahadzir bersama anak-anak muridnya
Photo Tahun 1982
Lokasi ditepi kolam

Kelas 6 Mawar
Guru Kelas - Cikgu Sarimah
Photo Tahun 1985
Hiburan dulu-dulu bagi guru
Lokasi - Taman Rimba

Cikgu Itan Saady

Tahun 1984 - Darjah tidak pasti
Guru Kelas - Cikgu Itan Saady

Tahun - Tidak Pasti
Darjah - Tidak Pasti

Tahun-Tidak Pasti
Darjah - Tidak Pasti



Pasukan koir skkg2

Pertandingan teka berat kambing di skkg2

Lawatan Guru-guru ke Taman Negara



Lawatan Guru-guru SKKG2 ke Taman Negara

Cg Mazalan bergaya dengan motosikal kapcainya.. 
Hari sukan

Antara Guru-guru yang pernah mengajar di SKKG2

Bangunan sekolah lama. - bumbung tercabut Akibat ribut kuat yang melanda pada masa itu.. 




Catatan ini ditulis pada 16 Julai 2020. Jutaan Terima kasih kepada bekas-bekas guru seperti Cikgu Mazalan Hasan, Cikgu Mohammad Bin Sharif, Cikgu Abbas Aman, Cikgu Mahadzir Mat Dan Cikgu Itan Saady yang banyak menyumbangkan photo-photo sepanjang mereka berkhidmat di Sek. Keb LKTP Felda Kota Gelanggi 2. Terdapat guru-guru dan murid-murid yang ada di dalam photo ini telah pergi meninggalkan kita selamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnn... Jasa mereka tidak terbalas dan hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran pahala yang besar di atas jasa mereka. Simpanlah photo ini sebagai kenangan peribadi dan tatapan anak-anak cucu Generasi Felda Kota Gelanggi 2. Sejarah lalu tidak akan berulang, biarkan ianya menjadi lipatan sejarah kehidupan kita kelak dan menjadi panduan kepada generasi-generasi muda kini. Apapun, kami amat bangga menjadi "ANAK FELDA"

Sekian.






Nota Makluman -
Admin akan cuba mendapatkan senarai nama guru dan tahun mengajar. Insya Allah sedikit masa lagi admin akan update dari masa ke semasa....
Tahun di dalam photo-photo yang dipaparkan adalah tahun anggaran yang dibuat oleh Pihak admin. Sebarang cadangan dan penambahbaikan amat dialu-alukan. Pihak admin memohon maaf andaikata terdapat mana-mana keterangan dan photo-photo yang dipaparkan mengguris hati mana-mana individu. Harap maklum...



Sumber Rujukan Dan Sumbangan Photo-Photo:

-http://pusatsumberskkg2.blogspot.com/2016/08/sejarah-sekolah-sk-f-kota-gelanggi-2.html

- Bekas Guru-guru Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Kota Gelanggi Dua

- Rakan-Rakan Generasi Ke 2 Felda Kota Gelanggi Dua

- Fail Peribadi