Hari : Sabtu
Laluan :- Kuala Nerang - Padang Sanai - Pedu - Belantik - Nami - Naka - Kuala Nerang
Jarak kayuhan : Lebih Kurang 120 KM
Masa kayuhan : 08.30 Pagi - 02.30 Petang (3 Check Point - Spg Pedu,Belantik,Naka)
Jumlah Peserta : 31 orang
Program ini adalah salah satu program yang telah diatur oleh Jitra Cycling Club (JCYC) dan Sg. Petani Cycling Club (SPCC). Laluan kayuhan ini di cadangkan oleh Abang Ai bagi memberi peluang kepada mana-mana rakan rider yang belum pernah melalui cabaran di Pedu dan ingin merasai keperitan PEDU ini sekali lagi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dari SPCC,ROG Perlis dan juga rakan-rakan dari JCYC sendiri yang menyokong penuh kayuhan yang penuh cabaran dan mencabar ketahanan mental ini. Aku sendiri di 10 KM terakhir mengalami kekejangan paha(kena tokak) tetapi tetap meneruskan hingga ke Kuala Nerang tanpa berhenti. 5 km terakhir dah nampak jauh macam 50 km sahaja lagi nak sampai. Apa-apa pun ..kayuhan ini memang enjoyyy...kepada semua..kita jumpa lagi dilaluan yang lain pula....
Antara Photo-Photo Menarik Sepanjang Kayuhan :-
![]() |
Berkumpul di Masjid Kuala Nerang, Kedah |
![]() |
Dari Padang Sanai Ke Pedu |
![]() |
Suasana mendung...seronok kayuh time ni... |
![]() |
Menikmati permandangan yang cukup cantik.. |
![]() |
Checkl Point 1 - Simpang Pedu... |
![]() |
Muka masing-masing boleh senyum lagi ni... |
![]() |
Cg Fisol da Cg Ramli sedang merancang sesuatu... |
![]() |
Menghilangkan Penat...Belantik |
![]() |
Pendakian bermula...Pedu Road |
![]() |
Dah macam Le Tour De France... |
![]() |
Tambah Carbon... |
Photo- Photo ini adalah sumbangan dari rakan rakan rider..terima kasih kepada Bang Ai dan Amir Hazwan. Semoga kayuhan seperti ini dapat diteruskan dari masa kesemasa agar hubungan ukhwah lebih terjalin diantara satu sama lain.