Sabtu, 20 September 2014

Perlawanan Persahabatan Badminton Di Hatyai..



Pada tahun lepas kami (Kelab Badminton Melayu Jitra) telah dipelawa oleh Persatuan Badminton Daerah Kubang Pasu bagi mengadakan siri lawatan dan persahabatan badminton dengan pasukan Sadao, Thailand.Pada waktu itu,wakil dari kelab kami yang pergi ke Sadao adalah, aku (faziel), Aq, Ustaz Saleh dan Mi Polis.

Tetapi kali ini kami sendiri telah mengatur satu siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Persatuan Badminton Hatyai, Thailand. Urusan mengatur perlawanan ini telah diserahkan kepada orang kuat dari Persatuan Badminton Daerah Kubang Pasu iaitu Lee Sport. Beliau turut juga bersama-sama kami di dalam rombongan tersebut dan juga turut meyertai perlawanan persahabatan ini. Antara wakil-wakil bagi pemain KBMJ adalah Mi Polis, Zam Hospital, Cik Idris JPS, Aq, Mi Polis, Wahab Polis, Ustaz Saleh, Pak Ku Shafri dan aku sendiri.


Kami memulakan perjalanan dari Jitra pada jam 04.00 petang dan seterusnya urusan kemasukan (Cop Border Pass) di Kompleks Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Imigresen Thailand di Pekan Danok.Kali ini perjalanan kami ke Hatyai menggunakan Van Pelancong Thailand dan bayaran sehala adalah sebanyak RM 80.00. Semua urusan pengangkutan dan hotel, diserahkan kepada Lee Sport. Selepas semua urusan ini selesai, kami berhenti di sebuah Masjid di Pekan Danok untuk menunaikan Solat Asar. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Kompleks Sukan di Bandaraya Hatyai, dimana ianya cuma mengambil masa lebihkurang 1 jam sahaja.. Sampai sahaja di Hatyai, kami telah berhenti disebuah Restoren yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Sukan Hatyai bagi mengisi halua perut bagi menghadapi perlawanan. Perlawanan ini bermula pada jam 06.30 petang waktu Malaysia (bersamaan 07.30 malam waktu Thailand). Sebanyak 5 regu telah diatur dan di dalam perlawanan persahabatan tersebut pasukan kami telah menang 2 regu, 2 regu telah seri dan 1 regu lagi telah mengalami kekalahan.



Selepas perlawanan ini tamat kami telah bertolak ke hotel untuk berehat. sesampai di hotel, setelah bersiap-siap membersihkan diri kami semua telah keluar bagi menambah tenaga badan (makan la..apa lagi, perut dah lapaq). Pada keesokanya, kami telah bertolak balik ke Malaysia pada jam 01.00 petang.

Antara Photo-Photo Menarik Yang Sempat Dirakam ...



Di Kompleks Imigresen Thailand..

Dok tunggu yang lain-lain Cop Border..

Sebelum naik Van...ambil gambaq dulu..

Solat diutamakan....

Aq...pulun dok pekena bihun sup...

Pertama kali partner dengan Lee Sport..

Jenuh lawan..dengan team muda Hatyai...

Sementara tunggu game..

Team veteren lawan team muda..hebat Cik Deris dgn Abg Wahab kita..

Tambah Karbo..selepas habis game...

Jalan-Jalan di Central Festival Hatyai...

Dok tunggu van..nak balik dah....


Lepak sat...di depan Lee Gardens Hotel