Jumaat, 29 Ogos 2014

Kejohanan Liga Kelab Badminton Melayu Jitra

Selain dari mengayuh basikal, minat yang paling utama dari dahulu lagi adalah bermain badminton. Aku bermula bermain badminton ini sejak 90 an lagi. Pada waktu itu aku bermain bersama Team Plus dimana masih ramai lagi rakan-rakan dari Plus N1 yang terlibat di dalam sukan ini. Antara nama-nama yang pernah bermain bersama aku ketika itu adalah Jefri Che Ani (bertukar ke Pejabat Plus Wilayah Utara), Azhar Hamat (kini di Plaza Tol Simpang Pulai), Sazali Saad (kini bertugas di TP Kamunting Taiping), Mohd Zaidi Zainol (kini bertugas di Plaza Tol Jitra- bersara terus dari sukan badminton akibat dari kecederaan lutut), Sjn Ayob (Peronda Lebuhraya Bukit Aman) dan beberapa orang lagi.

Kini masa telah berubah di mana pasukan yang aku sertai sekarang adalah Pasukan Kelab Badminton Melayu Jitra. Kebanyakan semua pemain-pemain yang berada di dalam pasukan ini adalah otai-otai belaka. Banyak juga perlawanan persahabatan telah diatur bagi memantapkan pasukan dan ini membuatkan kami tidak bosan bertemu sesama sendiri dimana jadual permainan kami adalah 3 kali seminggu iaitu Ahad,Selasa dan Khamis.

Disamping itu juga pasukan kami juga seringkali membuat kejohanan dalaman dimana undian akan dilakukan bagi menentukan pasangan masing-masing bagi menghadapi kejohanan yang telah diadakan. Selalunya setiap kali kejohanan ini diadakan, hadiah akan disediakan kepada pasukan dari tempat keempat hinga ke Johan pertandingan. Hadiah yang disediakan, tidaklah semahal mana tetapi semangat kesukanan dan ianya dapat meningkatkan kemahiran masing-masing bagi yang ingin menyertai mana-mana kejohanan yang diadakan oleh pihak luar.

Yang terbaru, Kejohanan liga telah diperkenalkan dimana setiap pasukan terdiri dari 4 orang pemain dan terbahagi kepada 4 kumpulan. Antara jadual perlawanan yang telah diatur :-







Perlawanan ini mungkin mengambil masa lebihkurang 1-2 bulan untuk ditamatkan. Ianya betul-betul menguji keupayaan pasukan dan strategi yang diatur. Setiap kumpulan disertai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka. Selamat bertanding kepada semua pasukan dan ....lawan tetap lawan.....