Isnin, 13 Januari 2020

Cuti-Cuti Di Pahang Dan Trengganu

Tarikh : 19-23 Disember 2019

Antara lokasi dan tempat menarik sepanjang percutian balik kampung di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang dan balik semula ke Kedah melalui Trengganu dan Kelantan ialah :-

1) Restoren Gulai Patin Pak Usup, Temerloh Pahang.
2) Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang.
3) Stadium Felda United, Bandar Pusat Jengka, Pahang.
4) Warung Aziz Satar Dan Otak-Otak, Kuala Kemaman, Trengganu
5) Angulia Resort, Marang Trengganu,
6) Nasi Dagang 30 Tahun, Marang, Trengganu.
7) Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Trengganu,
8) Mi Celup Kak Na, Bukita, Kelantan.


Photo-Photo Menarik Sepanjang Percutian.




















Khamis, 9 Januari 2020

Kenangan Sepanjang Pengajian Di UMCCED (Universiti Malaya)

Tamat Sudah Sebuah Perjalanan Ilmu: Diploma Eksekutif Pengurusan

Alhamdulillah...
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan kekuatan yang diberikan sepanjang dua tahun perjalanan menimba ilmu ini.

Bermula dari Oktober 2017 hingga Oktober 2019, banyak cabaran, jerih perih, dan pengorbanan yang ditempuhi dalam usaha menamatkan Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi). Ia bukan satu perjalanan yang mudah, namun segalanya terasa berbaloi apabila akhirnya dapat menggenggam kejayaan ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

❤️ Isteri tersayang dan anak-anak – tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan moral, memahami jadual yang padat dan sentiasa mendoakan kejayaan ini.
👨‍👩‍👧‍👦 Seluruh ahli keluarga – atas doa dan semangat yang tidak pernah putus.
👷‍♂️ Rakan-rakan setugas di PLUS – yang banyak membantu dan memahami kesibukan saya sepanjang tempoh pengajian.
📚 Rakan-rakan seperjuangan di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar – yang menjadi teman belajar, berkongsi ilmu, susah senang bersama.
👨‍🏫 Barisan pensyarah KPTM Alor Setar – atas ilmu, tunjuk ajar dan motivasi yang menjadi pembakar semangat kami semua.

Kejayaan ini bukan hanya milik saya, tetapi milik kita semua yang telah sama-sama berjuang di medan ilmu.

Terima kasih, dan semoga ilmu ini terus memberi manfaat kepada diri, keluarga, organisasi dan masyarakat.

Photo-Photo Kenangan