Isnin, 2 Mac 2020

Konvoi Ke Kelantan Darul Naim, Narathiwat, Pattani Dan Sakom

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Tarikh Konvoi :- 28 Febuari - 1 Mac 2020
Peserta :

1) Faziel Abu Bakar
2) Ibrahim Pakeri
3) Zarizi Ishak
4) Pahruddin Ibrahim
5) Jefri Che Ani / Sutizah Shaaban
6) Wan Azlan
7) Art TTBC

Hari 1 (28 Febuari 2020)

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi untuk berkonvoi bersama ke Negeri Kelantan Darul Naim, Narathiwat, Pattani dan Sakom. Seawal jam 05.00 pagi, aku keluar dari rumah di Taman tengku Maheran, Jitra Kedah. Bersama TuanHj. Ibrahim dan Art TTBC kami bertolak ke Gurun dan terus ke Parit Panjang Kedah dan singgah di sebuah masjid disitu bagi Solat Subuh. Turut berkumpul disitu adalah rakan yang lain iaitu Zarizi, Pahrudin, Jefri bersama isteri dan Wan Azlan. Di dalam perjalanan kami melewati Pengkalan Hulu, Gerik, Jeli, Machan Dan terus ke PCB Resort. Kami tiba di PCB Resort dalam anggaran jam 02.30 petang.



Singgah sarapan pagi di Parit Panjang

Buat julung kali konvoi, ada kawan bawa bini...habuan laaa...kes tak percaya kot...hehehe

Depa kata..memang laju mutu ni...

Art TTBC..sentiasa istiqomah...

Depa ni..bergaya ja lebih...

Tengok aku...syok ooo..bawak bini..lenguh boleh picit...

Hat belakang dok tunjuk gambaq apa pun tak tau...

Esok bawa laju sikit..pelan sangat lap kat tasik banding tadi...

Sakan depa...habih ais jadi terbalik...

Lapaq...lambat makanan sampai....

seranggggg....

Siap dah..nak masuk siam



Hari 2 (29 Febuari 2020)

Selepas bersarapan di PCB Resort kami memulakan perjalanan ke Sakom Beach. Melalui pintu sempadan Pengkalan Kubor di sebalah Kelantan kami menaiki feri menyeberangi sungai ke sempadan Thailand iaitu Takbai. Setelah segala urusan pengesahan dokumen telah selesai kami terus memulakan perjalanan kami melewati Narathiwat dan kami singgah untuk makan tengahari di Restoren Mak Su Soap Chormalee di Pattani. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Sakom beach dan kami menginap di D Aman Resort, Sakom Beach


Jumpa marka siam sat lagi..kenyit mata tau...

Dok tunggu nak naik feri...

gambaq lagi..mentang mentang bawa gilrpren...

Perut kembung...makan banyak...

naik feri di Takbai...

Dekat ja..nampak dah Takbai...

Pintu masuk...Takbai

Depa 2 lagiiii.....

Narathiwat..

Naik gerek tua sat...

Tambah kapsyen

Nak naik gerek pulak kooottt..

Isi minyak sat...

Muka lapaqqq...

Pekena Sup di Mak Su Soap Chormalee Pattani

Sedap..boleh mai pulak..

Nin Dia ..kedai dia

Sampai dah di D Aman Resort Sakom Beach

Jumpa geng konvoi dari Penang

Muka letihhh...

Pekena masakan ketam lembut di Sakom Beach

Singgah makan...makan singgah...

Menyerok sebelum balik...

Depa ni bab makan...no 1

Nak balik dah....


Hari 3 (01 Mac 2020)

Hari Akhir sebelum keluar di Pintu Sempadan Ban Prakob / Durian Burung kami singgah sebentar di Nat Chana untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Alhamdulillah , aku selamat tiba di rumah pada jam 01.00 Petang.




Singgah di Nat Chana

Lapaq Ayaq...