Isnin, 25 Mei 2015

Kayuhan Rentas Sempadan ( Hatyai Volume 2) - Anjuran Kelab PLUS Seksyen N1





Tarikh : 23 - 24 Mei 2015
Jumlah Peserta Kayuhan : 27 Orang
Jumlah Peserta Iringan : 24 Orang
Jarak Kayuha : 140 km Pergi Dan Balik
Wakil- Wakil Peserta Kayuhan Dan Peserta Iringan yang Terlibat :
1) PLUS N1
2) PLUS N2
3) PLUS NRO
4) PLUS C2
5) PLUS C6
6) Jitra Cycling Club ( Marshall Kayuhan)
7) OPUS Berhad
8) Propel Berhad
9) Team StrangeMTB Rawang (Jemputan)
10)  Isteri dan anak-anak peserta kayuhan

Kelab PLUS Seksyen N1, telah mengatur sekali lagi siri kayuhan ke Bandaraya Hatyai. Kali terakhir kayuhan ini diadakan pada tahun 2012. Perancangan untuk mengatur program kayuhan ini telah dibuat 2 bulan yang lalu. Persedian rapi telah dibuat bagi merialisasikan program ini seperti tempahan t'shirt, hotel penginapan dan tempahan makan tengahari. Alhamdulillah berkat kerjasama dari ahli Jawatankuasa yang dilantik, program ini telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.


KRONOLOGI KAYUHAN RENTAS SEMPADAN - HATYAI VOLUME 2

22 MEI 2015 (JUMAAT)

06.00 Petang
Pendaftaran Peserta di Pejabat PLUS Seksyen N1

09.00 Malam
Taklimat Kayuhan Oleh Marshal Kayuhan di Bilik Latihan PLUS Seksyen N1
- Taklimat Berkenaan Tentatif Program Oleh Penganjur
- Taklimat Disiplin dan Aturan Kayuhan Oleh En. Md Nasron Md Noor dan En. Saifuddin Yaakob    (Wakil dari Jitra Cycling Club)

10.30 Malam
- Sesi bersembang dan bertukar-tukar pandangan (Lokasi di Nasi Lemak Royal, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah)

11.30 Malam
- Tidur


23 MEI 2015 (HARI PERTAMA KAYUHAN)

05.15 Pagi
Bertolak dari Pejabat PLUS Seksyen N1 ke Bukit Kayu Hitam

05.50 Pagi
Sembahyang Subuh di Masjid Bukit Katu Hitam

06.30 Pagi
Sarapan Pagi di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam

07.00 Pagi
Pelepasan Program Kayuhan Rentas Sempadan telah dilakukan oleh En. Shamsul Anuar Mohammed Ismail (Eksekutif Teknikal Kanan- PLUS N1).
- Urusan kemasukan ke Negara Thailand

08.00 Pagi
Berkumpul di hadapan Tesco Extra, Pekan Danok bagi memulakan kayuhan ke Bandaraya Hatyai.
- Kayuhan bermula
Sepanjang bermula kayuhan ini, laluan adalah berbukit sepanjang 10 km ke Pekan Sadao. Sewaktu kayuhan ini Avarage Speed yang ditetapkan oleh Marshal kayuhan adalah 25 - 30 km/j. Nampaknya rata-rata peserta kayuhan dapat mengayuh dengan baik dan berdisplin sepnjang kayuhan. Check Point pertama kayuhan adalah di Pekan Sadao. Setelah itu kami meneruskan kayuhan dan singgah di Check Point ke 2 di Pekan Klongek.Setelah kembali berkumpul dan menghilangkan penat, kayuhan kembali dimulakan dan Check Point ke 3 adalah di Masjid Nurul Huda, POMO . Disini kami berhenti rehat di sebuah warung untuk minum bagi menghilangkan penat setelah lebih kurang 50 km berkayuh. Keceriaan terpancar di wajah peserta apabila diberitahu oleh Marshal kayuhan bahawa hanya 10 km sahaja lagi akan tiba di Hatyai. Keramahan penduduk Thailand dapat dirasai oleh semua peserta yang terlibat dimana tuan kedai beserta keluarganya telah memberi layanan yang amat baik kepada kami. Mereka turut merakamkan kenangan dengan semua peserta. Walaupun tuturkata dan bahasa yang berbeza, ianya tidak menghalang komunikasi kami dengan mereka semua. Inilah kelebihan penduduk Negara Thailand apabila melayan setiap kunjungan dari pelancong ke Negara mereka. Selepas itu kami memulakan kayuhan kembali dan kembali berkumpul di Check Point ke 4 dihadapan sebuah Kompleks membeli belah terbesar di bandaraya Hatyai iaitu Hatyai Central festival. Tujuan berkumpul ini adalah bagi memastikan semua peserta kayuhan dapat bersama bagi melalui laluan-laluan sesak di dalam Bandaraya Hatyai.

12.00 Tengahari
Tiba di Lokasi Penginapan iaitu Hatyai Central Hotel. Jumlah bilik yang telah ditempah bagi semua peserta adalah sebanyak 23 bilik. Setiba di Hotel, AJK yang telah dilantik untuk pengurusan Hotel dan Makanan iaitu En. Hatta Sabu (Penyelia Plaza Tol Jitra) telah menguruskan dengan baik bagi kemasukan kami ke Hotel. Setiap peserta diberikan masa sehingga jam 01.30 petang untuk merehatkan diri dibilik masing-masing. Semua peserta diminta untuk berkumpul kembali di lobi hotel bagi menaiki 'tut tut' ke Restoran Sammi Kitchen. Bagi peserta yang kali pertama menaiki kenderaan 'tut tut' ini, merupakan pengalaman yang amat seronok disini. Bayaran untuk setiap tut tut adalah sebanyak TBH 2000.00 (RM 218.00) bagi satu hari perjalanan dan setiap tut tut boleh dinaiki sebanyak 10 orang.

02.00 Petang - 07.00 Malam
Makan Tengahari Di Restoren Sammi Kitchen (sebanyak 7 hidang telah ditempah dan setiap hidang untuk 8 orang). Setiap hidang berjumlah TBH 2000.00 dan sebanyak 6 jenis masakan Thailand seperti Ikan Siakap 3 rasa, Kensom, Krabu Pelam dan lain-lain. Selepas itu kami bergerak ke Masjid Songkhla bagi menunai Solat Zohor disamping melihat keindahan masjid itu. Destinasi lawatan kami seterusnya adalah di Pasar Terapung (Flooting Market) di Klonghae. Disini peserta boleh membeli belah dan melihat jualan yang dilakukan di atas sampan. Di pasar terapung ini juga kami turut bertemu dengan rakan kayuh dari Sungai Petani Cycling Club (SPCC) yang turut berkayuh dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai. Habis sahaja di lokasi ini, kami bergerak pula ke Kompleks Membeli Belah yang terbesar di Hatyai iaitu Hatyai Cental Karnival.Setelah habis meronda-ronda di sini, kami mengambil keputusan untuk kembali ke penginapan kami untuk berhenti rehat.

08.00 Malam - 12.00 Malam
Pada waktu ini penganjur telah menetapkan acara bebas, dimana ada peserta yang bergerak ke Pasar Malam (Uptown) dan sesetengahnya bergerak ke hadapan Lee Garden Hotel dimana disini terdapat pelbagai makanan untuk dirasai. kami tidak melepaskan peluang untuk membeli Pulut Pelam, Pulut Durian, Pulut Ayam, Laicikang, Minuman Lengkong dan pelbagai lagi. Ternyata malam minggu di Bandaraya Hatyai amat penuh dengan pengunjung dan pelancong.


24 MEI 2015 (HARI KEDUA KAYUHAN)

09.00 Pagi
Berkumpul kembali di Lobby Hotel dan sesi 'Check Out' dilakukan. Taklimat akhir telah dilakukan bagi memberi penerangan berkenaan kayuhan akhir ini untuk kembali balik ke Malaysia. kami memulakan kayuhan balik pada jam 09.30 pagi. Kayuhan balik ini, amat mencabar bagi semua peserta kayuh kerana terpaksa kayuh didalam cuaca yang cukup panas dan terik. Sampai sahaja di Check Point 1 di Pekan Klongek terlihat beberapa peserta tidak mampu lagi untuk meneruskan kayuhan akibat terlampau letih dan kekejanga otot. jadi keputusan telah diambil dengan menyewa 2 buah tut tut untuk menghantar seramai 6 orang peserta kayuhan terus ke Pekan Danok (Jarak 40 km dari Klongek ke Danok). Setelah berhenti penat dan minum, kami memulakan kayuhan kembali dan berhenti di Check Point ke 2 di Pekan Sadao dan meneruskan kayuhan ke Pekan Danok. Kami tiba di Pekan Danok pada jam 01.00 Petang. Selepas itu kami menjamu selera (makan tengahari) di sebuah Restoren di situ (Sala Classic). Setelah makan tengahari selesai, kami terus ke Border untu urusan kemasukan balik ke Malaysia. Alhamdullilah semua peserta dapat kembali ke Malaysia tanpa apa-apa gangguan sepanjang berada di Thailand.

03.00 Petang.
Berkumpul kembali di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan acara tamat disini.

Sepatah dua kata dari Penganjur, Kami di Kelab PLUS Seksyen N1 memohon ampun dan maaf dimana disepanjang program ini berlangsung terdapat cacat cela dan ketidakpuasan hati. Semoga persahabatan yang terjalin dapat diteruskan hingga ke akhirnya. Bertemu kembali disiri kayuhan akan datang.

PHOTO-PHOTO MENARIK SEPANJANG KAYUHAN RENTAS SEMPADAN.

Masing-masing boleh senyum lagi no..

Berenti minum ayaq sat...

Tengok Tandop minum sedappppp....mai mai oooiii..

Team StrangeMTB..

Peloton..

Mai ambil gambaq sat...gambaq aku jugak tak dak..

Sesi melenggak..

Boleh makan..tak panggung dah...

Cedokkkk...kensom..

Hebat depa niiii...

Nah...tersandaq...dan lagi lena ooo...

Sori geng...aku naik tut tut dulu no...

Steady..

Cop Pasport dulu..

Tahan tut tut ooiiii...dah krem niiiiii..

Abg Yazri Propel...orang kuat ni...kuat makan..hahaha ..uuuuuuiiiiiiiii..

Bersama Team Classic Ride dari Sg. Petani..Abg Ramli & The Geng...Flooting Market..

Esok kita nak kayuh ka..nak naik tut tut...pakatan Rosia..

Makan hat ni...pasti kuat kayuh...steady Budin.

Geng Marshal pun penat ooo...awat hangpa ingat apa...
Restoren Sammi Kitchen
Peloton depan...pelan ja..
Taklimat akhir sebelum kayuh..
Team Classic Ride..Abg Ramli
Hj Ibrahim.. syookkk oooo..
Bacaan Doa..

Geng Marshal Kereta...depa nak kayuh sangat...nah ambikk...hahahaha..