Rabu, 16 Disember 2015

Pulun Kedah Pulun - Final Piala Malaysia Kedah VS Selangor

Seawal jam 04.30 pagi bertarikh 12 December 2015..aku bersama 2 lagi rakan pejabat ke Shah Alam bagi menyaksikan Perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 diantara pasukan Kedah menentang Selangor. Bagi aku menyaksikan perlawanan akhir yang melibatkan pasukan kesayangan aku...Kedah Darul Aman..merupakan satu kemestian yang amat perlu.
Suasana semasa di dalam perjalanan ke Shah Alam...amat seronok dimana sepanjang perjalanan.pasti kami akan bertemu dengan kenderaan penyokong Kedah...tabik spring kepada semua penyokong Kedah...kerana sokongan anda yang tak berbelah bagi.
Walaupun pasukan Kedah tewas kepada pasukan Selangor 2-0...sedikitpun tidak mendatangkan perasaan kecewa..kerana target pasukan Kedah hanya layak untuk ke Liga Super 2016...tetapi kejayaan melangkah ke final..adalah satu bonus..tak pa Selangor..jumpa kami di tahun 2016..Kedah pasti bangun dan seterusnya Juara..

##PULUN KEDAH PULUN
##KELEPIAQ KEDAH KELEPIAQ
##AKU ANAK KEDAH DARI HALUIH
##KAHAQ KETEGAQ
## BIAR JASA JADI KENANGAN



Jijah & Sam..Jom kita beli baju duluuuu...



Topi jangan lupa...

Aku pilih hat niiii..

Shah Alam..tunggu kami noooo...

 
Kita nak jora ooooo....hebatttt..
Kedah serata-rata...

Sepak raga tuju...permainan yang tak dak bagi negeri lain...

Kedah tetap dihati...

Chek dah ada tiket...yeaahhhhh..

Selfie duluuu...lambat lagi...
Dominasi syadium oleh penyokong Kedah..

penuh sesak...

Kedah..Kedah..Kedah..
 


Ahad, 22 November 2015

Ploting Trek - PLUS Charity Ride 2016

Date :- 06 November 2015

Rider yang hadir:-
1) Md. Nasron
2) Pudin TTG
3) Cg. Fisol
4) Hj. Ibrahim Pakeri
5) Faziel

Jarak Kayuhan : 35.3 km

Pihak kami PLUS Seksyen N1 telah diberi amanah untuk menganjurkan satu kayuhan amal bagi satu Program yang di panggil " Cheers For Charity" Anjuran Kelab PLUS Wilayah Utara. Program ini akan dilangsungkan pada 16 Januari 2016 di Taman Tasik Bandar Darul Aman Jitra Kedah.

Bagi merialisasikan program kayuhan amal ini, aku telah menjemput beberapa rakan kayuh yang lebih berpengalaman di dalam bidang ini, bagi membantu pihak kami di dalam penyedian trek dan teknikal. Terima kasih kepada rakan rider Md. Nasron dan Abg Pudin TTG serta Cikgu Fisol  yang banyak membantu pihak kami di dalam perkara ini.

Diharapkan segala program yang telah disusun atur dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai. Kerana program ini bukan sahaja sekadar kayuh, tetapi ianya adalah satu program amal, dimana kutipan hasil penyertaan peserta ini akan disumbangkan ke mana-mana tempat yang amat memerlukan.


Poster Promosi..

Nak menurun sat..

Cg. Fisol...layan jugak..

Sat..nak setting bagi laju sat...

Nak teriuh ka...nak kona kanan ni...

gamak depa tinggai aku no...


leach habih ooo

berenti kencin sat...

awat lambat sangat depa pi kencin...

Pudin TTG


Masuk mini tat kampong..

hok aloh..bini telefon tuuuu..


elokkkk...

jom pi motong...










Jangan masuk semak dah la...



berenti letih sat..
















Bukit lengoh..










siap dahhh..