Sabtu, 20 September 2014

Perlawanan Persahabatan Badminton Di Hatyai..



Pada tahun lepas kami (Kelab Badminton Melayu Jitra) telah dipelawa oleh Persatuan Badminton Daerah Kubang Pasu bagi mengadakan siri lawatan dan persahabatan badminton dengan pasukan Sadao, Thailand.Pada waktu itu,wakil dari kelab kami yang pergi ke Sadao adalah, aku (faziel), Aq, Ustaz Saleh dan Mi Polis.

Tetapi kali ini kami sendiri telah mengatur satu siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Persatuan Badminton Hatyai, Thailand. Urusan mengatur perlawanan ini telah diserahkan kepada orang kuat dari Persatuan Badminton Daerah Kubang Pasu iaitu Lee Sport. Beliau turut juga bersama-sama kami di dalam rombongan tersebut dan juga turut meyertai perlawanan persahabatan ini. Antara wakil-wakil bagi pemain KBMJ adalah Mi Polis, Zam Hospital, Cik Idris JPS, Aq, Mi Polis, Wahab Polis, Ustaz Saleh, Pak Ku Shafri dan aku sendiri.


Kami memulakan perjalanan dari Jitra pada jam 04.00 petang dan seterusnya urusan kemasukan (Cop Border Pass) di Kompleks Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Imigresen Thailand di Pekan Danok.Kali ini perjalanan kami ke Hatyai menggunakan Van Pelancong Thailand dan bayaran sehala adalah sebanyak RM 80.00. Semua urusan pengangkutan dan hotel, diserahkan kepada Lee Sport. Selepas semua urusan ini selesai, kami berhenti di sebuah Masjid di Pekan Danok untuk menunaikan Solat Asar. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Kompleks Sukan di Bandaraya Hatyai, dimana ianya cuma mengambil masa lebihkurang 1 jam sahaja.. Sampai sahaja di Hatyai, kami telah berhenti disebuah Restoren yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Sukan Hatyai bagi mengisi halua perut bagi menghadapi perlawanan. Perlawanan ini bermula pada jam 06.30 petang waktu Malaysia (bersamaan 07.30 malam waktu Thailand). Sebanyak 5 regu telah diatur dan di dalam perlawanan persahabatan tersebut pasukan kami telah menang 2 regu, 2 regu telah seri dan 1 regu lagi telah mengalami kekalahan.



Selepas perlawanan ini tamat kami telah bertolak ke hotel untuk berehat. sesampai di hotel, setelah bersiap-siap membersihkan diri kami semua telah keluar bagi menambah tenaga badan (makan la..apa lagi, perut dah lapaq). Pada keesokanya, kami telah bertolak balik ke Malaysia pada jam 01.00 petang.

Antara Photo-Photo Menarik Yang Sempat Dirakam ...



Di Kompleks Imigresen Thailand..

Dok tunggu yang lain-lain Cop Border..

Sebelum naik Van...ambil gambaq dulu..

Solat diutamakan....

Aq...pulun dok pekena bihun sup...

Pertama kali partner dengan Lee Sport..

Jenuh lawan..dengan team muda Hatyai...

Sementara tunggu game..

Team veteren lawan team muda..hebat Cik Deris dgn Abg Wahab kita..

Tambah Karbo..selepas habis game...

Jalan-Jalan di Central Festival Hatyai...

Dok tunggu van..nak balik dah....


Lepak sat...di depan Lee Gardens Hotel







Rabu, 10 September 2014

Kayuhan Malam Adalah Rutin..

Kayuhan malam telah menjadi rutin biasa bagi aku dan rakan-rakan di Jitra dan juga rakan-rakan dari sekitar Alor Setar. Kayuhan ini diatur selang semalam bergantung kepada keadaan cuaca. Mohd Shahar Mohd Zain (Bang Ai) merupakan orang kuat kayuhan kami, dimana beliaulah yang sering mengatur jadual kayuhan kelab kami (JCYC)..rujuk mtbjitra.blogspot.com . Trek kayuhan yang sentiasa menjadi pilihan kami adalah Bandar Darul Aman ke Bukit Lenguh dan kembali ke Bandar Darul Aman. Trek kayuhan ini adalah sejauh lebihkurang 29 km adalah cukup bagi kami mencapai kepuasan kayuhan kerana laluan ini menyediakan pakej yang cukup lengkap dengan pelbagai laluan seperti mendaki dan mendatar juga menurun.

Laluan kedua yang menjadi pilihan kami ialah dari Bandar Darul Aman ke Alor Setar dan kembali ke Bandar Darul Aman. Laluan ini adalah sejauh lebihkurang 28 km.Jika ditanya tentang kepuasan yang diperolehi hasil mengayuh basikal selama ini, jawapannya adalah kemanisan kepada kesihatan di dalam kehidupan dan juga aku juga dapat mengenali ramai rakan-rakan dari segenap penjuru, daerah dan negeri. Biaq ramai kawan..jangan ramai musuh.

Disini aku lampirkan photo-photo berkenaan kayuhan malam yang telah aku lalui setakat ini..

Sambil menghilangkan kepenatan di Bukit Lengoh..

Aksi tanggung gerek


Bandar Darul Aman - Alor Setar- Bandar Darul Aman

Bandar Darul Aman - Bukit Lengoh - Bandar Darul Aman

Berkumpul di depan TM Bike


Acara lepas kayuh...

Md Nasron dok excercise sebelum kayuh...

Kalau macam ni selalu kan meriah..

Minum lagi..








Ahad, 7 September 2014

Le Tour De Pedu

Tarikh : 06 September 2014
Hari : Sabtu
Laluan :- Kuala Nerang - Padang Sanai - Pedu - Belantik - Nami - Naka - Kuala Nerang
Jarak kayuhan : Lebih Kurang 120 KM
Masa kayuhan : 08.30 Pagi - 02.30 Petang (3 Check Point - Spg Pedu,Belantik,Naka)
Jumlah Peserta : 31 orang

Program ini adalah salah satu program yang telah diatur oleh Jitra Cycling Club (JCYC) dan Sg. Petani Cycling Club (SPCC). Laluan kayuhan ini di cadangkan oleh Abang Ai bagi memberi peluang kepada mana-mana rakan rider yang belum pernah melalui cabaran di Pedu dan ingin merasai keperitan PEDU ini sekali lagi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dari SPCC,ROG Perlis dan juga rakan-rakan dari JCYC sendiri yang menyokong penuh kayuhan yang penuh cabaran dan mencabar ketahanan mental ini. Aku sendiri di 10 KM terakhir mengalami kekejangan paha(kena tokak) tetapi tetap meneruskan hingga ke Kuala Nerang tanpa berhenti. 5 km terakhir dah nampak jauh macam 50 km sahaja  lagi nak sampai. Apa-apa pun ..kayuhan ini memang enjoyyy...kepada semua..kita jumpa lagi dilaluan yang lain pula....

Antara Photo-Photo Menarik Sepanjang Kayuhan :-

Berkumpul di Masjid Kuala Nerang, Kedah

Dari Padang Sanai Ke Pedu

Suasana mendung...seronok kayuh time ni...



Menikmati permandangan yang cukup cantik..


Checkl Point 1 - Simpang Pedu...


Muka masing-masing boleh senyum lagi ni...




Cg Fisol da Cg Ramli sedang merancang sesuatu...


Menghilangkan Penat...Belantik

Pendakian bermula...Pedu Road


Dah macam Le Tour De France...


Tambah Carbon...



Photo- Photo ini adalah sumbangan dari rakan rakan rider..terima kasih kepada Bang Ai dan Amir Hazwan. Semoga kayuhan seperti ini dapat diteruskan dari masa kesemasa agar hubungan ukhwah lebih terjalin diantara satu sama lain.