Sabtu, 18 Oktober 2014

Badminton Di Kuala Nerang Kedah

Tarikh : 17 Oktober 2014
Masa : 08.00 Malam
Lokasi : Dewan Tunku Putra Kuala Nerang Kedah


Satu perlawanan persahabatan telah diatur bagi merapatkan tali persahabatan antara Kelab Badminton Melayu Jitra dengan Kelab Badminton Kuala Nerang Kedah.Sebanyak 9 regu telah diatur bagi perlawanan ini. Pihak kami, KBMJ telah memenangi 2 regu manakala 7 regu lagi seri. Perlawanan kali ini memang sengit dimana kedua-dua pihak mempamirkan bisa masing-masing tetapi Alhamdulillah, kemenangan telah berpihak kepada kami.

Malam ni kita partner berdua...saheh menang..



Lee Sport turut hadir memberi sokongan kat KBMJ..

Aq penat sampai buang baju..

Bila depa nak bagi aku lawan ni...dah ketaq kaki ni...


Antara wakil dari Kola Nerang..

Ada harapan menang malam ni...

Kita singgah makan di Dapuq Mahsuri

Agak-agak makan ni free dak...

Order...Order...Sup tulang satuuuuu...

Saya bagi sup ekoq dah la...



Isnin, 6 Oktober 2014

Salam Aldil Adha 1435 H

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan tak kira di pejabat, alumni Sek. Kebanggsaan Felda Kota Gelanggi 2, Alumni Sek. Men. Jengka 10, sahabat handai di taman, kampung atau dimana jua pun anda berada serta saudara mara yang dekat ataupun yang jauh. Salam Aidil Adha dan Selamat menunaikan ibadah korban. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah hendakNya.

Tahun ni aku menunaikan korban di surau di depan rumah ..Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah. Di kesempatan ini juga aku bersama AJK Surau dan anak-anak qariah Surau As Syakirin telah bersama-sama bergotong royong sebelum 2 hari kedatangan Aidil Adha untuk persiapan memasang khemah, menyusun kerusi, membersihkan surau dan lain-lain. Tujuannya dalah supaya, pada hari berlangsungnya majlis korban nanti, tidaklah tergopoh gapah lagi untuk membuat persiapan.

Pada pagi hari raya, Sembahyang sunat Aildil Adha telah dijalankan tepat pada jam 08.30 pagi. Khatib yang membaca khutbah hari raya adalah Ustaz Masri Mohsin yang merupakan Pengerusi Surau As Syakirin manakala Imam adalah Ustaz Azhar. (Kalau tak silap la..pasal dimaklumkan oleh Ustaz Masri). Setelah selesai bersembahyang raya, kami pun balik untuk menyalin pakaian untuk menjalankan acara korban. Hujan lebat turut mengiringi kami sepanjang acara sembelihan lembu korban. Sebanyak 4 ekor lembu telah dijadikan korban pada tahun ini . Kesemua peserta korban dan penduduk-penduduk telah bersama-sama bergotong royong melapah, memasak daging korban yang disedekahkan oleh peserta korban. Selepas solat Zohor, jamuan makan telah disediakan dimana menu adalah daging goreng kunyit dan sup gear box disediakan.

Aku juga turut mengadakan kenduri korban bersama keluarga mertua di Kampung Imam, Padang Perahu, Jitra Kedah. Cuma majlis ini dimulakan selepas Solat Asar.



Bersama Ayahanda tersayang...

Teh.. panggilan adik aku yang ketiga

Menunaikan Solat Aidil Adha di Surau As Syakirin..depan rumah ja..

Punya susah nak tumbang lembu ni....Tarik Bang Man tarik..

Ustaz Nadhri, Ustaz Mazlan dan Fatah..sedang menimbang daging korban..

man Polis...Orang kuat majlis korban...

Majlis kenduri di rumah mertua...

Jemput makan semua...

pakat masuk oiii...