Rabu, 10 September 2014

Kayuhan Malam Adalah Rutin..

Kayuhan malam telah menjadi rutin biasa bagi aku dan rakan-rakan di Jitra dan juga rakan-rakan dari sekitar Alor Setar. Kayuhan ini diatur selang semalam bergantung kepada keadaan cuaca. Mohd Shahar Mohd Zain (Bang Ai) merupakan orang kuat kayuhan kami, dimana beliaulah yang sering mengatur jadual kayuhan kelab kami (JCYC)..rujuk mtbjitra.blogspot.com . Trek kayuhan yang sentiasa menjadi pilihan kami adalah Bandar Darul Aman ke Bukit Lenguh dan kembali ke Bandar Darul Aman. Trek kayuhan ini adalah sejauh lebihkurang 29 km adalah cukup bagi kami mencapai kepuasan kayuhan kerana laluan ini menyediakan pakej yang cukup lengkap dengan pelbagai laluan seperti mendaki dan mendatar juga menurun.

Laluan kedua yang menjadi pilihan kami ialah dari Bandar Darul Aman ke Alor Setar dan kembali ke Bandar Darul Aman. Laluan ini adalah sejauh lebihkurang 28 km.Jika ditanya tentang kepuasan yang diperolehi hasil mengayuh basikal selama ini, jawapannya adalah kemanisan kepada kesihatan di dalam kehidupan dan juga aku juga dapat mengenali ramai rakan-rakan dari segenap penjuru, daerah dan negeri. Biaq ramai kawan..jangan ramai musuh.

Disini aku lampirkan photo-photo berkenaan kayuhan malam yang telah aku lalui setakat ini..

Sambil menghilangkan kepenatan di Bukit Lengoh..

Aksi tanggung gerek


Bandar Darul Aman - Alor Setar- Bandar Darul Aman

Bandar Darul Aman - Bukit Lengoh - Bandar Darul Aman

Berkumpul di depan TM Bike


Acara lepas kayuh...

Md Nasron dok excercise sebelum kayuh...

Kalau macam ni selalu kan meriah..

Minum lagi..