Jumaat, 29 Ogos 2014

Kejohanan Liga Kelab Badminton Melayu Jitra

Selain dari mengayuh basikal, minat yang paling utama dari dahulu lagi adalah bermain badminton. Aku bermula bermain badminton ini sejak 90 an lagi. Pada waktu itu aku bermain bersama Team Plus dimana masih ramai lagi rakan-rakan dari Plus N1 yang terlibat di dalam sukan ini. Antara nama-nama yang pernah bermain bersama aku ketika itu adalah Jefri Che Ani (bertukar ke Pejabat Plus Wilayah Utara), Azhar Hamat (kini di Plaza Tol Simpang Pulai), Sazali Saad (kini bertugas di TP Kamunting Taiping), Mohd Zaidi Zainol (kini bertugas di Plaza Tol Jitra- bersara terus dari sukan badminton akibat dari kecederaan lutut), Sjn Ayob (Peronda Lebuhraya Bukit Aman) dan beberapa orang lagi.

Kini masa telah berubah di mana pasukan yang aku sertai sekarang adalah Pasukan Kelab Badminton Melayu Jitra. Kebanyakan semua pemain-pemain yang berada di dalam pasukan ini adalah otai-otai belaka. Banyak juga perlawanan persahabatan telah diatur bagi memantapkan pasukan dan ini membuatkan kami tidak bosan bertemu sesama sendiri dimana jadual permainan kami adalah 3 kali seminggu iaitu Ahad,Selasa dan Khamis.

Disamping itu juga pasukan kami juga seringkali membuat kejohanan dalaman dimana undian akan dilakukan bagi menentukan pasangan masing-masing bagi menghadapi kejohanan yang telah diadakan. Selalunya setiap kali kejohanan ini diadakan, hadiah akan disediakan kepada pasukan dari tempat keempat hinga ke Johan pertandingan. Hadiah yang disediakan, tidaklah semahal mana tetapi semangat kesukanan dan ianya dapat meningkatkan kemahiran masing-masing bagi yang ingin menyertai mana-mana kejohanan yang diadakan oleh pihak luar.

Yang terbaru, Kejohanan liga telah diperkenalkan dimana setiap pasukan terdiri dari 4 orang pemain dan terbahagi kepada 4 kumpulan. Antara jadual perlawanan yang telah diatur :-







Perlawanan ini mungkin mengambil masa lebihkurang 1-2 bulan untuk ditamatkan. Ianya betul-betul menguji keupayaan pasukan dan strategi yang diatur. Setiap kumpulan disertai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka. Selamat bertanding kepada semua pasukan dan ....lawan tetap lawan.....


Ahad, 24 Ogos 2014

22 Ogos 2014 - Jamuan Hari Raya Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran


Buat julung julung kalinya pihak Jawatankuasa Surau As Syakirin Taman Tg Maheran, Jitra Kedah telah mengadakan satu majlis hari raya bersama semua anak kariah taman. Pelbagai menu menarik disediakan seperti kambing bakar yang sebanyak 3 ekor,kebab,laksa,lontong,satey,lemang,ketupat dan banyak lagi telah dihidang untuk tetatu bermula dari jam 4 petang dan berakhir jam 10 malam.Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang agar hubungan erat lebih terjalin diantara satu sama lain terutama penduduk di Taman Tengku Maheran amnya.

Antara photo-photo menarik yang sempat dirakam :-


Pak Mat bersama Ustaz Hafis Mustafa Lubis


Ketua Genohok dok arah pembahagian tugas..



Sahabat kita En. Mat sedang memberi arahan tugas kepada team bentara..

Bang Man, Fuzil and the geng dok kalut bakaq kebab..

bang Zul kita sedang melayan tetamu jemputan


Ramai sungguh yang mai....





Hebat...Ustaz Nazri & Abang Man Polis kita...bakal Imam Surau..

Mai makan ketupat oiii....

Geng bentara..

Tokey Mi Goreng dan koteuw...Man Polis

Jalan Jalan Sambe Makan....

09 Ogos 2014 - Dengan beberapa rakan di Pejabat, kami telah merancang untuk ke Bandaraya Hatyai, Thailand bagi menikmati keenakan makanannya terutama Tomyam dan Kensom.

Memulakan perjalanan seawal jam 07.00 pagi, aku beserta rakan-rakan iaitu Ibrahim Pakeri, Shamsul Anuar, Hj. Azhar, Yazri Propel dan Sabri Propel. Kami singgah di Restoren 555 Changlun bagi membuat pertukaran duit serta membeli insuran kenderaan. Selepas itu kami bersarapan pagi bagi mengisi perut yang telah lapar, almaklumlah pagi-pagi memang rutin pekena nasi dulu.

Selepas bersarapan kami memulakan perjalanan ke Border Bukit Kayu Hitam dan Danok bagi tujuan cop passpot dan border pas untuk masuk ke Thailand. Cop pun sudah...Scan pun sudah...apa lagi perjalanan diteruskan  dan kami singgah di Nat Pekan Klongek (panggilan org Malaysia) . Bagi yang meminati baju bundle..disnilah syurga membeli barangan terpakai ini.


Di Pantai Samila Beach Resort, Songkhla

Pekena Puluit ayam kat Changlun

Turut jadi pilihan....



Hero Siam...
Bab shoping serah kat Berahim..

Singgah makan di Restoren "Sami Kitchen"...pekena Kensom..

Masjid Songkhla Thailand...

Oiyeeee....bila nak sampai hatyai ni......

Shamsul Anuar...Mai makan dulu...


Gaya seorang penjual baju di bandaraya Hatyai..

Pekena daging bakaq di Pekan Danok...

Ibrahim Pakeri mai tunjuk tempat nak menikah baru...