Selasa, 13 Ogos 2013

Kota Gelanggi..Selamat Hari Raya....

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga..Setelah hampir 6@7 tahun tidak berhari raya di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang..setelah kelulusan cuti diperolehi oleh aku dan isteri...kami tidak menunggu lama untuk pulang meraikan hari raya bersama keluarga di sana. Hari isnin (05 Ogos 2013) tepat jam 10.30 pagi, kami bertolak dari rumah (Taman Tengku Maheran, Jitra). Perjalanan yang kami lalui bergerak lancar dimana tiada kesesakan lalulintas. Keluar Plaza Tol Tg. Malim , kami melalui Jalan Kuala Kubu - Batang Kali - Gohtong - Genting Sempah - Karak Highway -  Plaza Tol Chenor - Bandar Pusat Jengka - dan akhirnya sampai di Kota Gelanggi 2 lebih kurang jam 06.30 petang.Sempat la berbuka puasa bersama ayah dan family adik aku yang juga sampai dari Sg. Buluh. Pelbagai peristiwa menarik yang telah dilalui oleh aku dan keluarga sepanjang berhari raya di sana. Antaranya ialah berhari raya bersama ayah aku dan adik-adik, jiran-jiran dan sahabat handai.  Disana juga aku juga sempat berjumpa dan berkunjung ke rumah rakan-rakan lama tak kira dari sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Sebelum pulang ke Jitra, aku dan keluarga menghadiri Walimatul Urus, dihadapan rumah iaitu rumah Pak Lang Zul. Lebih kurang jam 05.30 petang (Ahad-11 Ogos 2013)..kami sekeluarga bertolak balik ke Jitra. Pada permulaannya perjalanan bergerak lancar..tetapi selepas membayar tol di Plaza Tol Karak..bahang-bahang jem dah mula terasa. 5 kilometer sebelum sampai ke Plaza Tol Bentong, kenderaan dah mula sesak, tetapi bagi kami itu adalah pengalaman yang jarang-jarang dilalui..maklumlah isu jem ni..dah 17 tahun bergelumang dengan perkara ni...kali ni biaqlah kami pulak yang melalui. Selepas susur keluar di Genting Sempah, keadaan trafik dak kembali sedia kala...Alhamdulillah..akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di Jitra (kediaman kami) pada jam 10.00 pagi walaupun beberapa kali singgah di kawasan R&R akibat dari berhenti tidor.

Antara Photo-Photo Menarik Yang Sempat Di Rakam..
R&R Tapah...


Bermain bunga api di rumah Wan..


Posing istimewa dari anak aku..Wisya..


Murtabak Ferry..RM 9.00 sebijik...

Di pagi raya..antara jiran-jiran yang hadir..

Reunion..bersama rakan-rakan dari SMJX iaitu Azlan Ghani dan Mazlan (Lege)

Geng Lama masa sekolah...Naza dan Lan Mat Noor

Persiapan kenduri di rumah Pak Lang Zul ..Blok C18

Rusli...Hirih jgn tak hirihLi...

Pak Lang Zul jenuh dok layan tetamu...

Geng basuh pinggan

Beratoq dok ambil nasik

Ayah aku dok kalut cari gelaih...

Geng Besaq...

Sahabat lama yang hampir 26 tahun tak jumpa...Yusuf Arshad

Geng sekolah rendah SKKG2...Mi dan Yusuf

Selamat Pengantin baru Adik Jatt..Jiran depan umah aku...

Anak aku bergaya dgn motor Pakcik Sham..semasa singgah waktu balik di rumah adik aku...Rawang Perdana.