Rabu, 4 September 2013

Kayuhan Duyung (Bukit Kayu Hitam - Songkhla - Bukit Kayu Hitam)

Tarikh : 31 Ogos 2013
Jarak Kayuhan : 177 km pi dan balik
Masa Kayuhan : 6 Jam 45 Minit
Jumlah Peserta : 10 Orang

Kayuhan ini memang dirancang cukup lama, memandang beberapa rakan-rakan tidak dapat melepasi kelepasan ke luar negara. Setelah sekatan ke luar negara kembali dibuka, kami telah merancang semula untuk membuat kayuhan ke Songkhla, Thailand. Seramai 10 orang telah membuat kayuhan iaitu aku,Bang Ai,Zalmi,Rizal RB,Radhi,Kort,Azhar,Pak Ku, Shukri dan Hafiz. Kayuhan bergerak lancar pada permulaannya, tetapi selepas berhenti rehat setelah 45 km berkayuh, kepenatan dah mula terpancar. Sahabat aku Radhi dah mula nampak laih..dan tugas mengasuh terpaksa aku lalui. Sebelum sampai di Simpang ke Samila Beach,Songkhla..didapati Azhar pula tiada di dalam group. Setelah menunggu lebihkurang 1/2 jam. kami mengambil keputusan untuk menunggu Azhar di Pantai Samila dan akhirnya Azhar dapat dikesan setelah dia mengupah seorang penduduk tempatan untuk menghantar ke lokasi..hahaha..macam-macam..Di pantai Samila, kami berehat sambil ambil gambaq-gambaq kenangan dan.....lapaqqqqq menguasai diri. Nasi Paprik menjadi hidangan dan masing-masing dah tak bunyi apa-apa dah...fokus makan...Cukup berehat, kami memulakan kayuhan pulang. Di dalam kayuhan pulang ini kami singgah mandi,sembahyang,minum dan makan selapas melepasi bandar Hatyai. 40 km terakhir, radhi dah mula krem dan tak mampu meneruskan kayuhan. Apa lagi tut-tut la yang dapat digunakan untuk menghantar pulang dengan bayaran sebanyak RM 50.00. Sementara aku dan lain-lain meneruskan kayuhan. Dengan hujan yang cukup lebat, kami tempuh dengan perasaan puas dihati. Akhirnya kami tiba di Pekan Danok pada jam 06.00 Petang.


Photo-Photo Menarik Sepanjang Kayuhan 



Bang Ai Dan Zam KBS sedang merancang sesuatu...

Tak jauh dah dari Songkhla..

Berehat sat...tunggu Azhar..menghilang

Hat depan...Ketua laju...



Rizal (GBJ)...Tok Imam yang akan dikenakan surat penjelasan

Gambaq kenangan...Samila Beach, Songkhla.

Raja Bukit dan Raja Pecut..merangkap Tok Imam..

Aku dalam kenangan

Lapaqqqq....pekena dulu...



Bang Ai tengok nasik dah nampak macam Maya Karin

Aku rasa biaq kita pederaih dulu...tinggai depa...


Pakatan Sulit...diketuai Rizal ..