Jumaat, 1 Mac 2013

Kayuhan Salak Denai Bersama Jabatan Penjara Malaysia, Alor Setar

Tarikh Kayuhan :- 23-24hb. Febuari 2013
Masa :- 02.30 Petang
Jarak Kayuhan :- -+ 96 km
Kayuhan Bermula :-  Penjara Alor Setar - Salak Denai Yan - Penjara Alor Setar
Peserta :- 19 orang termasuk Cameraman dan Marshall.

Atas jemputan dari Ustaz Sharbani (Unit Agama Penjara Alor Setar), Aku bersama rakan-rakan yang lain iaitu Hj. Ibrahim Pakeri, Abang Pudin TTG,Mat Noor,Adi Hariman telah bersama 11 orang pegawai dan warden Penjara Alor Setar untuk berkayuh ke Salak Denai Yan, Kedah. Kayuhan ini bermula pada jam 02.30 Petang dan di buat pelepasan oleh Tuan Pengarah Penjara dimana beliau turut berkayuh bersama-sama.

KRONOLOGI KAYUHAN SALAK DENAI

23hb.Febuari 2013

02.30 Petang - Pelepasan dibuat oleh  Pengarah Penjara Alor Setar
06.30 Petang - Tiba di Salak Denai Yan
06.45 petang - Minum petang (Ayaq kopi dengan bihun goreng) sambil mandi kolam
07.30 Malam - Sembahyang Maghrib Berjemaah
                        Tazkirah oleh Ustaz Syarbani
08.50 Malam - Sembahyang Isyak Berjemaah
09.00 Malam - Makan Malam (Nasi,Ikan bakaq, ayam bakaq cicah ayaq asam, sayoq campoq)
12.00 Malam - Apa lagi....Tidoq la...letih oooo


24hb.Febuari 2013

05.45 Pagi - Mangkit la...dah nak Subuh
06.20 Pagi - Sembahyang Subuh Berjemaah
06.35 Pagi - Tazkirah Subuh
07.30 Pagi - Sarapan Pagi (Nasi Goreng)
08.30 Pagi - Terejun kolam.....sejukkkkk
10.00 Pagi - Bertolak balik ke Alor Setar
01.00 Petang - Tiba di Surau Penjara Alor Setar.


Photo-Photo Menarik....


Pos Kawalan Penjara Alor Setar

Mat Noor dengaq kata 48 km pi saja...senyum ja dia..

Ustaz Bani...Kepala Kayuh..Otai lama ni...

Kami pederaih dulu la no...hangpa lambat sangat...

Adi..nak lintaih,,tengok kiri dan kanan dulu...

Order..order...nak minum apa..

Lepaih ni kita kayuh pi Penang pulak kot...

Beghenti dulu la...kita minum dulu...lapaq ayaq...

Sampai jugak noooo

Mandi kolam syok ni...

Makan duluuu..baru terjun kolam

Antara menu utama...

Berahim..dok khusyuk dengaq tazkirah dari Ustaz Bani...