Ahad, 7 Oktober 2012

Karnival Hari Keluarga Kumpulan UEM

Sabtu (06/10/2012)- Maka berlangsunglah julung-julung kalinya Karnival Hari Keluarga Kumpulan UEM 2012.Penyertaan kali ini dihadiri lebih kurang 5000 kakitangan termasuk keluarga UEM Group.Lokasinya adalah di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar,Kedah. Pelbagai acara menarik disediakan bagi memeriahkan suasana. Walaupun badan ni masih kurang sihat, namun terpaksa juga mengikut karenah anak-anak yang ingin bermain pelbagai mainan yang disediakan.Cuaca panas membantutkan sikit perjalanan dimana pihak penganjur kurang menyediakan khemah-khemah untuk istirehat.


Pilih-pilih...yang mana berkenan...ambik ja...

Macam-macam warna ada...

Jenuh nak layan..semua nak main...

Perlawanan Futsal...PLUS A Vs FABER



Add caption

Main-main...abah dok tunggu ni....

dok tunggu giliaq...

Gaya seorang pendaki....

Lepaih ni..Abah ajaq daki gunung Everest pulak....

Isnin, 1 Oktober 2012

Akan Datang...Kayuhan Garisan Sempadan...

Perancangan ini adalah kayuhan besa-besa saja. Setelah dok bincang dengan Samsul MM di Pejabat..kami dok rancang nak ajak rakan-rakan dari Central dan HQ Plus untuk membuat kayuhan ke Wang Kelian. Setelah email ditembak ke semua rakan-rakan..pelbagai jawapan yang diberi..antaranya tak padan la setakat kayuh lebih kurang 28 km ja...apa barang kayuh dekat sangat....x mencabar langsung....kata depa....hahahaha...depa dah kena umpan aku ngan Sam. Aku amat-amat mengalu-alukan kedatangan depa-depa ni ke sini...nak tengok tenganga dak mulut...putuih nyawa..kata Sam.Penyertaan kali ni adalah hanya untuk kakitangan PLUS,PROPEL dan Opus sahaja. Kami target kira-kira 20 orang sudah memadai...kayuh sambil membeli belah di Wang Kelian. Kayuhan ini akan dimasukkan ke dalam kalender Kelab PLUS N1.


Wang Kelian merupakan tempat yang biasa bagi rider-rider dari Perlis dan Kedah amnya untuk aktiviti kayuhan.Sambil kayuh sambil melangut sembang-sembang..bagi yang jauh-jauh...boleh bawa keluarga...jenuh siap duit.....
Apa-apa pun kita tunggu 2hb Disember 2012...Mai Kita Tuntun...Anjuran Kelab PLUS N1....