Isnin, 31 Disember 2012

Ahli baru MTB Seksyen N1...

Setelah berhempas pulas melobi, meracun fikiran rakan-rakan di Pejabat..akhirnya aku dan Sam berjaya juga menambah geng baru di dalam aktiviti berbasikal. Tujuan bukan apa..cuma nak kembangkan aktiviti sihat ni..bukan kami ajak pi karaoke ka..pi dangdut ka...cuma ajak kayuh...kayuhan demi kesihatan...oiyyeeeeeeeeeeeee......


Sam dan Bang Jan..Di Kedai Keng Huat Jitra.....Jenama Polygon



Baru bergaya...hahahaha
 


Kayuhan sulung...sempat bergambar di Istana Anak Bukit
 

Ahad, 7 Oktober 2012

Karnival Hari Keluarga Kumpulan UEM

Sabtu (06/10/2012)- Maka berlangsunglah julung-julung kalinya Karnival Hari Keluarga Kumpulan UEM 2012.Penyertaan kali ini dihadiri lebih kurang 5000 kakitangan termasuk keluarga UEM Group.Lokasinya adalah di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar,Kedah. Pelbagai acara menarik disediakan bagi memeriahkan suasana. Walaupun badan ni masih kurang sihat, namun terpaksa juga mengikut karenah anak-anak yang ingin bermain pelbagai mainan yang disediakan.Cuaca panas membantutkan sikit perjalanan dimana pihak penganjur kurang menyediakan khemah-khemah untuk istirehat.


Pilih-pilih...yang mana berkenan...ambik ja...

Macam-macam warna ada...

Jenuh nak layan..semua nak main...

Perlawanan Futsal...PLUS A Vs FABER



Add caption

Main-main...abah dok tunggu ni....

dok tunggu giliaq...

Gaya seorang pendaki....

Lepaih ni..Abah ajaq daki gunung Everest pulak....

Isnin, 1 Oktober 2012

Akan Datang...Kayuhan Garisan Sempadan...

Perancangan ini adalah kayuhan besa-besa saja. Setelah dok bincang dengan Samsul MM di Pejabat..kami dok rancang nak ajak rakan-rakan dari Central dan HQ Plus untuk membuat kayuhan ke Wang Kelian. Setelah email ditembak ke semua rakan-rakan..pelbagai jawapan yang diberi..antaranya tak padan la setakat kayuh lebih kurang 28 km ja...apa barang kayuh dekat sangat....x mencabar langsung....kata depa....hahahaha...depa dah kena umpan aku ngan Sam. Aku amat-amat mengalu-alukan kedatangan depa-depa ni ke sini...nak tengok tenganga dak mulut...putuih nyawa..kata Sam.Penyertaan kali ni adalah hanya untuk kakitangan PLUS,PROPEL dan Opus sahaja. Kami target kira-kira 20 orang sudah memadai...kayuh sambil membeli belah di Wang Kelian. Kayuhan ini akan dimasukkan ke dalam kalender Kelab PLUS N1.


Wang Kelian merupakan tempat yang biasa bagi rider-rider dari Perlis dan Kedah amnya untuk aktiviti kayuhan.Sambil kayuh sambil melangut sembang-sembang..bagi yang jauh-jauh...boleh bawa keluarga...jenuh siap duit.....
Apa-apa pun kita tunggu 2hb Disember 2012...Mai Kita Tuntun...Anjuran Kelab PLUS N1....

Jumaat, 21 September 2012

Masihkah Anda Ingat....

Kenangan dizaman kanak-kanak kini menggamit kembali memori ini. Terasa dihati ni...seronok sungguh waktu tu...main ni toksah kata la...kira belemoih habeh bila balik. Macam-macam permainan yang dimainkan..antaranya polis sentri, main toi,main jengkek,tuju kasut,tuju tin,main guli,main sembunyi-sembunyi dan tak lupa juga zero point...hahaha...sebenaqnya masih banyak lagi mainan tradisoanal yang dimainkan..bergantung kepada budaya dan tempat...

Berbanding dengan kanak-kanak la ni...masa bermain kebanyakkan dihabiskan dirumah...dengan playstationnya dan pelbagai games yang boleh didapati di internet...tak pa la nak buat macamana ini zaman depa...kanak kanak yang hidup dizaman IT.

Berbalik dengan cerita mainan dulu-dulu...atas inisiatif dan hasil perbincangan kawan-kawan di pejabat..kami telah mengambil keputusan untuk menyegarkan kembali permainan ini disamping ingin menunjukkan kepada anak-anak inilah mainan yang abah dan mak main dulu-dulu masa kecik...maka timbullah "KARNIVAL SUKAN RAKYAT PLUS SEKSYEN N1". Sudah 2 kali karnival ini telah diadakan. Disini aku paparkan kepada semua photo-photo menarik sepanjang ke 2..2 karnival yang dilangsungkan ini...


Kaki Antu...masing-masing dah lupa macamana nak main....

Mimi...mesra sungguh ngan Kak Leha...

Golek Rim...1...2....mulaaaaaaaa....

Tarik Upih....yarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Jengkek.....Kak Leha adalah jaguh dizaman kanak-kanaknya dulu

Makan durian sambil-sambil....

Setelah penat...hat ni la habuannya..

Azliza dok tunjuk skil lompatan...

Tuju Tin...tuju jangan tak tuju...

Khamis, 20 September 2012

Bukit TNB, Malau...

Selain dari bermain badminton,berbasikal bagi memenuhi aktiviti sihat..aku juga suka aktiviti riadah lain..antaranya jungle trancking..lokasi kali ini adalah di Bukit TNB,Malau Jitra Kedah. Kita boleh lihat ramai orang terutama golongan warga emas berbangsa cina yang berada dikawasan ini terutama di waktu petang antara jam 05.00 petang hingga 07.00 petang.

Antara photo-photo menarik :-




Permandangan dari atas Bukit TNB..
 

Fuhh...Penat juga nooo...


Hj.Ibrahim pun terheliaq....


Bang Jan bersama Nazri...tak mengaku kalah


Anak bapak...


Rakan-rakan pejabat PLUS N1


Jaga-jaga...sat gi tegulinnn...



Rabu, 19 September 2012

Tuas Menggamit Pemancing..

Bagi yang ingin mencuba tarikan tenggiri...Tuas Yan menyediakan semua pakej-pakej yang diingini. Aku juga tidak ketinggalan menyertai rakan-rakan yang ingin merasai detik-detik hebat ini.

Photo-photo menarik semasa berada di Lubuk Tuas, Yan, Kedah :-


Yazri Propel & mat Fadrun...dok sembang besaq sebelum pi...





Tangkapan Sulung....


Hebat oooooo.......


Boleh lagi....marveloussss.....


Betoi ka tu Hj. Berahim......


Begaya ja lebih tu........


Setakat nak buat gulai tenggiri.....


Jom balikkkkk.......



dan lagi........



Dalam Kenangan...LTDH 2012...

Ini adalah program kayuhan ke 2 selepas Bukit Wang Green Ride 2012.Antara Info-info menarik :-

Tajuk Kayuhan : Le Tour De Hatyai 2012
Jarak Kayuhan : -+ 140 km (pergi dan balik)
Jumlah Peserta : 50 orang
Anjuran Bersama : Kelab Plus N1 dan Opus Berhad
Tarikh Kayuhan : 12 & 13 hb. Febuari 2012
Lokasi Bermalam : Hatyai Central Hotel
Bantuan Teknikal : Jitra Cycling Club (Ex Red Flag Team)


Antara photo-photo menarik :-


Sesi taklimat pd mlm sebelum kayuh.....

Kenangan di Depan Hatyai Central Hotel......

Opsss...Kona kiri....

Duta promosi...Sam,Kak Leha, Kak Milah, Aku dan Sorizan

Orang-orang kuat ni......KUAT MAKAN.....Caittttt....